FOLLOWERS

Tuesday 10 December 2013

..Banjir..

Salam Ukhwah..

Dah seminggu pun banjir di kuantan berlalu, tapi kesan dan bantuan itu berterusan. Alhamdulliah, walaupun rumah husna dan WH banjir, tapi kami masih lg punya barang yg dapat digunakan. Untuk kalian yg banjir hingga paras bumbung, semoga bersabar dan tabah dengan dugaan.

Pada mulanya, bandar kuantan hanya ditafsirkan sebagai banjir kilat. tapi setelah terlalu banyak kawasan yg ditenggelami air, ditambah pula dengan banyak tempat yg turut sama mengalami banjir sehingga diisytiharkan bandar lumpuh, semua pihak terkedu. Antaranya adalah husna dan WH. Mengapa? kerana selama 23 tahun kami hidup, ini merupakan pengalaman banjir yang pertama kami alami. 

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian, kerana hanya Yang Esa yg Maha Mengetahui segala luar dan dalam. X dapat banyak yg dapat husna ceritakan, biarlah semua tersemat dalam kotak ingatan. Redha dan pasrah dengan segala yg terjadi. mungkin berat dan pasti akan ade yg tempelak. tapi fikirkan, mungkin sekarang rumah kalian dilanda bencana, tp masih bersyukur kerana insan tersayang masih ada di sisi.

Husna tepek kan beberapa keping gambar ihsan google, bukan xnak letak gambar rumah sendiri, tapi gambar masih dalam kamera, dan husna x rasa untuk keluarkan.

Berhadapan Megamall Kuantan, sumber gambar dari google.


Ketika paras air makin naik dan kenderaan 4x4 tidak lepas masuk dan kekurangan kenderaan utk membawa keluar mangsa, lori tanah dijadikan pengangkutan, sumber gambar dari google.


Belum setahun jagung umur Terminal Sentral Kuantan, balai pelepasan telah dinaiki air umpama lautan. kereta yang diletakkan di bawah tidak sempat diselamatkan, sumber gambar dari google.


Mungkin ini akan menjadi salah satu sejarah selepas banjir 1971, dan banjir 2001. Sekarang, kita mula semula dari bawah, dan fikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi dan bukan menunding jari sesama sendiri. Semoga tiada lagi kesan sebegini di hari mendatang.

P/S : kepada yang mengata dan tidak merasai jerih perit menghadapai banjir, lebih elok rasanya hanya memandang dan berdiam diri dari menjatuhkan segala hukum kerana bencana yg dihadapi. x perlu menjadi keyboard warrior. Jagalah hati sesama kita.

No comments:

Post a Comment